Monday 25 June 2012

ILMU ITU UNTUK DIAMAL, BUKANNYA UNTUK KEPENTINGAN DIRI.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya ucapkan ke hadrat Allah S.W.T yang menjaga kita Siang dan Malam tanpa rasa jemu. Mudah-mudahan kita tergolong dalam hambaNya yang MuttaQin...

Untuk post kali ini, saya rasa topik kali ni mungkin agak berat untuk dipersoalkan. Tapi apa pon, itu tugas kita untuk saling mengingati apa yang kita terlupa. Jadinya, satu persoalan yang saya nak kemukakan kat sini untuk kawan-kawan renungi, untuk apa sebenarnya kita belajar??? Apa sebabnya masa kita kecik-kecik dulu, Mama Papa kita hantar kita pegi tadika?? lepas habis tadika, kita sambung belajar kat skola rendah dari darjah satu sampai darjah khas atau darjah enam?? habis skola rendah, kita masuk pulak pegi sekolah menengah dari darjah peralihan atau tingkatan 1 sampai tingkatan 5, kemudian Lepas habis " SPM~ SPM~ SPM~ SPRM~~~ " banyak cabang kita boleh pilih samada nak amek Diploma, STAM, Matrik, Asasi, Tingkatan 6 dan seumpanya la.. Nak dipendekkan cerita, Buat apa kita habiskan MASA HIDUP KITA DENGAN BELAJAR??? untuk apa kita buang DUIT MAK BAPAK KITA UNTUK BELAJAR??? APA TUJUAN KITA BELAJAR SEBENARNYA???

adakah sebab kita belajar untuk dapat Ijazah Sarjana ataupun Ph.D semata-mata??? Dalam Al-Quran ada sebut ke yang kita kena belajar sampai peringkat Ph.D bagai tu sume?? ada ke??? dah tu, kalo takde, buat apa kita belajar " tinggi-tinggi, kelapa bali.. " ???? sebab boleh lambung topi klangit bagi tunjukkan yg kita dah habis belajar. macam tu ke caranya??? 

ataupun, kita belajar sebabnya kita nak dapat kerja yang bagus, yang elok, yang selesa dan lain-lain. kalau diikutkan, ade je orang yang belajar tak tinggi mana pown, tapi skunk ni jadi Billionare yang mana satu dunia kenal diorang ni sume. macam Bill Gates, Steve Jobs, Donald Trump. dorang sume tu dulu mana ada pendidikan yg tinggi, Ph.D pon tade, tapi tgok sekarang, Satu dunia kenal diorang.. 

jadinya kat sini, MATLAMAT UTAMA KITA BELAJAR UNTUK APA??? off course la untuk menuntut ilmu kerana Rasulullah S.A.W mengkhabarkan pada kita yang Menuntut Ilmu Itu Fardhu bagi Umat Islam Keseluruhannya. Tidak terKECUALI walau seorang pon. hatta dia itu seorang yang BODOH pun, kena jugak menuntut ilmu. tapi masalahnya, kita tuntut ilmu ni, then kita amalkan tak dalam kehidupan kita ni??? atau kita menuntut ilmu sekadar nak jawab exam je, untuk dapat pointer tinggi, dapat dean list,merepek meraban sume tu la.. macam tu ke??? agaknya kalo itulah yang kita buat, nanti kat Akhirat Allah tanya kat kita " masa hidup atas Dunia, apa yang ko buat?? " tak tercabut lutut nak menjawab soalan cenggitu??? 

jadi saya nak kawan-kawan sume renung kembali, apa sebanya kita menuntut ilmu atas dunia ni. janganlah kita sia-siakan hidup kita dengan buat perkara-perkara lagha. Alangkah ruginya kita habiskan masa usia kita macam tu aje. jadi cukup setakat itu dahulu untuk topik kali ini. Salah dan Silap, Saya memohon banyak-banyak kemaafan. Saya juga manusia biasa yang sering membuat dosa noda, tak pernah lari dari baut salah dan silap. moga kita bertemu lagi... Assalamualaikum....

Friday 22 June 2012

SAYA SUDAH BEBAS~ BEBAS~ BEBAS~ BEBAS~~~~




Alhamdulillah, setelah sekian lama blog aq ni bersarang, akhirnya ad jugak topik yang aq nak cite. huhu(gelak dalam hati).

nampaknya pada tarikh 21 Jun 2012, berakhirlah sudah peperiksaan final semester aq yang kedua, well, that means, aq dah berjaya menamatkan pelajaran aq dalam masa satu tahun ni Menara Gading yg berlokasi kat Tepi Highway ni ha.... Alhamdulillah banyak-banyak, aq bersyukur kerana sepanjang satu tahun menuntut ilmu di sini, banyak benda yang aq dah belajar. Terima kasih bebanyak diucapkan kepada semua pensyarah2 yang mengenali diri saya ini kerana menyampaikan ilmu dgn begitu bersungguh2 demi mahukan anak-anak murid memperoleh kejayaan. jasamu tidak dapat kami balas dengan wang ringgit mahupun emas setinggi langit, tapi hanya dengan setadah doa bagi mendoakan kesejahteraanmu dalam terus mendidik kami yang jahil ini.



bila dah habis exam, apa lagi, nak jerit macam Johan dalam Lawak Ke Der~~ " SAYA BEBAS SPM~ SPM~ SPM~ SPRM~~~~~~ !! " tapi tak berani nak buat, kang orang kata apa pulak nanti kan, lagi pon, musim exam still belom habis lagi... kang tak pepasal teruk kne bantai ngan member-member yang tak habis exam lagi... HAHAHAHAHA!!! ( I'm Sorry)

biasa la tu, bila dah abes exam ni, " KITA ENJOYYYY!! " bermulalah cuti semester sampai la awal bulan 9 baru masuk balik na sambung semester... itu pn kalo dpat sambung, kalo ta dapat, cmane ea??? huhu mintak-mintak jangan la ta dapat sambung.... ilmu ni ta cukup nak belajar walaupon nampak main-main je banyak... tapi kalo bole la, cuti panjang ni kalo bole, nak join program je la.. aq tak suke la nak dok rumah lama-lama, nant buat berat badan naik je... So that's why la aq kena g keluar... tapi nak keluar, duit pulak takde.. tapi takpe la, kalo kita bantu Allah, Allah pon akan bantu kita, kan?????

itu je la kot nak cite.... da ketandusan idea nak cite ap lagi.... huhu so thanx kepada kawan-kawan sume yang still bagi support and motivation pada saya untuk teruskan perjuangan hidup ini... kalau tiada kawan-kawan semua, mesti saya dah JAUH sekarang ni.... dan ta lupa juga nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan yg menjelang tiba tak lama lagi.. dalam beberapa minggu je lagi nak pose. for those yg belum ganti pose tu, ganti-gantilah cepat ea.. takut nanti hutang puasa tu jadi makin banyak pulak... huhu ok moga kita jumpa pada next post, ok... ASSALAMUALAIKUM W.B.T... =)

Thursday 16 February 2012

Hati Kawan Janganlah Kita Sakiti....

Bismillahirrahmaanirrahim...tujuan utama adalah untuk memperingati diri sendiri... umumnya untuk kawan-kawan sume sama-sama kita renungkan kembali, adakah benda ni kita buat...

  Kawan ni banyak peranan kepada kita, tak kira samada kawan tu banyak membantu atau membantutkan kita... kita sendiri sebenarnya yang pilih kawan kita sendiri yang macam mana... kita sendiri yang tentukan sapa kawan kita.. tapi beringatlah, pengaruh dari kawan banyak menolong kita dalam menentukan perancangan hidup kita, so nampak kat c2 yang peranan kawan ckup besar dalam diri kita...

  hurm sekadar menimbulkan satu persoalan, sebenarnya perlu atau tidak kawan itu selalu bersama dgan kita??? kalo kawan tu tak tegur kita dalam satu tempoh masa yang ckup lama, apa kita masih menganggap dia kawan???? itu Lu pikir la sendiri~.. bukannya apa, cuma kadang-kadang kita sering mengharap yang kawan-kawan faham kita, tapi kita tanya diri kita balik, " aq ni sebenarnya faham ke masalah kawan aq ni??? "... Sorry To Say Bro and Sis, Life is Fair, ko buat masalah mcam tu, masalah mcam tu jgak la kene kat diri sendiri...

   kadang-kadang tu ada jgak orang ckap mcam ni : " sorry la kalo skunk ni saya jarang contact awak, itu tak bermakna yang saya tamo kawan ngan awak, sebab saya memang macam tu, jnis tak slalu ngan phone, jarang on9, etc " .. mcam tu ke cara kita jaga hati kawan kita??? cbe kalo situasi yang sama berlaku pada diri kamu, apa perasaan kamu??? mungkin sesetengah kata : "tape, dah bese dah kne mcam tu", ada jgak ckap cam i : " ala dia kawan bila dia susah je, bila dah senang, abaikan je la"... hurm zaman skunk ni senang je nak dpat kawan "Pakai Buang"... ingat kita ni Drypers Malaysia ke lepas gne terus buang??? lepas kita dah dapat manfaat dari dia, terus lupakan kita mcam tu je... then bila susah, datang balik kat kite, ckap cam ni : " kalaulah awak berada di samping saya skunk ni "....hurm Tepuk Dada, Muhasabah Diri Balik...

   Ingat lagi tak kita pada Peristiwa Hijrah Rasulullah, Ketika Baginda hendak pegi ke Kota Madinah?? Baginda Berhijrah dengan siapa?? Dengan Sahabat Baginda yang paling Baginda Sayang, iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A... cbe kawan-kawan fikir dan renung, kenapa Rasulullah S.A.W berhijrah sama-sama dgan Saidina Abu Bakar?? kenapa Rasulullah S.A.W tak pegi hijrah sorang-sorang je?? sebab kat c2, Rasulullah nak tunjukkan kat kita Bahawa PentingNya Sahabat/Kawan/Rakan pada kita... tgoklah, betapa Sayangnya Rasulullah pada umat, kita sedar atau tidak bnde ni??? sekali lagi kita renungkan...

  Rasanya dah tak larat lagi nak cite pasal kawan ni, takut-takut kalau ada yang terasa hati nanti, dah timbul pulak dosa-noda dalam diri kita dan diri kawan-kawan, so tak mahulah nak cite panjang, cme saya nak pesan, jagalah hati kawan kita baik-baik.. kalo kita nakkan orang faham kita, kita pon kena faham orang, dan jgak faham ngan diri sendiri.. coz cuma diri kita je yang mampu mengubah diri kita sendiri.. kalo bukan kita, siapa lagi??? 

  Setakat itu sahaja dahulu..mudah-mudahan Allah merahmati kita semua pada hari Jumaat yg penuh dgan Barakah ini...Maaf atas segala salah dan silap andai terkasar bahasa, tersilap kata tutur bicara.. Saya juga manusia biasa yang senantiasa digelumangi dengan dosa noda.. semoga berjumpa pada post akan datang... wasalam..

Wednesday 7 December 2011

Jangan kita Mengumpat Orang Tak Tentu Pasal

Assalamualaikum W.B.T

   Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah S.W.T Tuhan yang menciptakan selakalian makhluk dan alam, Selawat serta Salam buat Baginda Junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan tidak lupa kepada seluruh keluarga baginda, para Sahabat, Alim Ulama serta hamba-hamba Allah sekalian...

    Baiklah, setelah sekian lamanya saya tidak meng'update' saya punye post(sebab tatau nak cite pasal apa)... akhirnya kali ini saya telah dapat satu topik yang agak menarik jugak buat saya serta mungkin buat kawan-kawan sekalian..mudah-mudahan kita bersama-sama mendapat keredhaan dari Allah S.W.T...^_^

   Untuk topik kali ini, saya ingin menceritakan pasal MENGUMPAT, MENGHINA, MENCACI, MENGHERDIK, dan yang sewaktu dengannya la...hurm pada masa kini memang dah biasa dah dengan budaya mengumpat ni sume...even yang menge'post' ni pon ad buat jugak bende-bende macam ni(alamak, kantoi suda),  tapi ape pown, selagimana seseorang itu bergelar MANUSIA(yang membawa maksud LUPA), so saya nak berpesanlah kepada diri saya dan jugak kepada kawan-kawan semua yang sebenarnya mengumpat ni memang satu benda yang tak baik. dah la tak baik, merugikan diri sendiri pulak tu..nak tau x kenapa???? JENG JENG JENG...

   Sebenarnya kan, bila kita ni mengumpat orang, hina, herdik tak tentu pasal ni, sebenarnya KITA DAH BUAT SATU AMAL JARIAH KAT DIORANG. MACAM MANA TU???? DENGAN CARA MEMBERIKAN PAHALA KITA KAT ORANG YANG KITA NGUMPAT TU...KALO PAHALA KITA DAH HABIS, KITA KENE AMBIK DOSA ORANG TU PULAK...hurm sound like "scary + interesting" kat situ bukan???huhu...

   Saya bukannya nak menakutkan kawan-kawan sekalian...tapi tu la, sebagai MANUSIA kenalah saling memperingati antara satu sama lain...nama pon hidup berMASYARAKAT kan..bukannya hidup berSEORANGAN...so, saya harap kawan-kawan cuba renung-renungkan...

Maka sekian sudah post saya buat kali ini..mana-mana pihak yang terasa tu, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf..saya juga manusia biasa macam anda semua..sekadar untuk berkongsi ilmu bersama kawan-kawan semua...hurm so saya tamatkan saya punye post dengan lafaz kalimah mulia Assalamualaikum W.B.T....jumpa lagi di post yang akan datang k???? ;-) 

  

Monday 31 October 2011

Cemburu Tandanya SAYANG....!!!

Assalamualaikum....huhu it's a very Long TiMe tak update Blog  ni...hurm maklum la macam-macam keje aq dapat bila dah masuk kampus ni...skejap buat assignment, skejap buat keje, skejap itu skejap ini....ntah bila bole habis, bila dah graduate nanti la kan????huhu so aq tamo nak cerita panjang lebar lagi...skunk ni aq nak masuk topik yang aq nak bagitau kat korang....^_^

    Hurm, nak tanye la kat korang sume..agak-agak korang pernah x rasa CEMBURU????kalo pernah, korang cemburu disebabkan apa???? Adakah disebabkan oleh orang lain bole buat keje yang lebih bagus dari korang???? Ataupun korang rasa yang korang tak mampu buat sebagus orang lain???? Hurm itu dari segi kerja...cmane pulak dari segi perhubungan korang pada seseorang???? Korang ade x rasa cemburu bila kita tengok orang yang kita sayang tu bersama dengan orang lain yang rasenye die tu agak bagus dari kite??? Ataupun die puji orang yang kita sayang tu dkat post FB die....hurm aq tak tau la kalo korang kata "ntah, bese aje"...nampak sangat yang korang ni penipu besar, padahal pada realitinya korang rasa CEMBURU kan???? 

   Huhu, so kenapa korang rasa cemburu bila korang tgok orang yang korang sayang bersama orang lain???? Itu disebabkan korang SAYANGKAN pada die samada secara SEDAR ataupun TIDAK...hurm itulah realitinya, tapi korang sendiri yang tamo mengaku, maklumla, EGOIS la katakan...haha kalo dah rasa JEALOUS tu, baik mengaku aje la...kalo simpan pon ape gunanya kan??? Kang melepas nanti, korang jugak yang rugi....memang PADAN MUKA aje la aq cakap....

   Hurm rasanya setakat itu aje la kot...aq tatau la lagi bila lagi nak update blog ni...tapi akan ada jgak satu masa nanti...aq ni bukanny jenis suka sangat nak bagi-bagi blog ni...kalo perlu je baru guna...hurm so thanx a lot kpada kawan-kawan aq yang ade baca blog aq ni...terharu pulak rasenya...CEEEWAH...haha syok sendiri aq ni...huhu so mintak maaf bebanyak kepada yang terasa...kalo x puas ati nanti boleh bagitau k???? Mana yang Baik datangnya dari ALLAH S.W.T....dan yang buruk itu dari KEKHILAFAN DIRI HAMBA YANG HINA DI MUKA BUMI INI...jumpa lagi sume...Salam..^_^

Thursday 22 September 2011

Kejayaan Tidak Datang Bergolek

Assalamualaikum W.B.T...huhu lama rasanya x update blog ni. Maklum la dah start sambung blaja balik. So bila dah start blaja ni, kne la kurangkan masa untuk ber'main-main' tu. Kalo x, "APA PON TAK BOLEYYY", huhu so ari ni tak nak explain banyak pasal study aq kat mane, yang penting kat IPTA, okay??;-)


   Huhu, so aq berbalik kepada topik yang aq nak ceritakan pada kawan-kawan semua yang bahawasanya 'Sesuatu Kejayaan Itu Tidak Akan Datang Kepada Kite Bergolek-golek'..tak kisah la bergolek ke, merangkak ke, berlari ke, itu semua tak penting. Apa yang hendak diberitakan dekat sini ialah Kejayaan itu kita akan memperolehinya secara Mudah dan Senang melainkan kita kena berusaha kuat untuk memperolehi sesuatu kejayaan tersebut.

   Jadi, kepada semua kawan2 yang berada dekat luar tu, jangan la mudah merasa kecik hati, sedih dan 'kaciwa' kalau-kalau kejayaan yang kite dapat tidak seperti yang kita harapkan. Mungkin ada hikmah yang berlaku disebaliknya. Ataupun usaha yang kita buat tu tak cukup baik. Maka, kita kenalah usaha lagi KUAT dan GIGIH lagi untuk mengharapkan kejayaan yang kita mahukan. InsyaAllah, jika kita mengharapkan sesuatu Kejayaan itu semata-mata untuk memperolehi KEREDHAAN ALLAH S.W.T, maka Dia pasti akan tolong kita. Percayalah wahai kawan-kawanku.

   Huhu, rasanya ckuplah buat stakat ni dulu. Ni pon ada banyak lagi homework nak kene siapkan ni. Rasa macam tak patut pulak curi masa belajar tok buat benda lain yang tak ada faedahnya. Jadi, janganlah ikut macam habit buruk saya ni, huhu. So, sekian sahaja dari saya, mana yang baik itu datangnya dari ALLAH S.W.T, dan mana yang buruk itu datangnya dari atas kelemahan diri saya selaku hamba hina disisi Tuhannya. Semoga kita bertemu lagi di dalam Update yang akan datang, InsyaAllah..^_^

Sunday 28 August 2011

Benda Yang Kita Hendakkan Tak Selalu Kita Akan Dapat

Salam..kekadang kita semua perasan tak yang pabila kita hendakkan sesuatu yang bagi kite sesuatu benda itu nampak menarik bagi kita, tetapi kita tak mampu perolehi...hurm agak2 kenapa benda2 macam tu sering berlaku???? jawapannya...


  Ini kerana Allah S.A.W itu terlalu sayangkan hambaNya itu, die tak boleh bagi sesuatu yang kite suka pada pandangan kita kerana DIA nak memberi sesuatu yang jauh lebih bagus dan lebih baik daripada apa yang kita nakkan itu...(^_^)


  Percayalah, kalo kite yakin yang Allah itu mampu memberikan kita sesuatu yang lagi baik itu, jawapannya ialah SENTIASA MENDEKATKAN DIRI KEPADANYA serta SABAR...ingatlah bahawa sesungguhnya ALLAH ITU SENTIASA BERSAMA DENGAN ORANG-ORANG YANG BERSABAR...(Y_Y)


   Rasanya cukuplah setakat itu dahulu...mana yang baik datangnya dari ALLAH S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari atas kelemahan diri ini sendiri..Wassalam...=)