Thursday 16 February 2012

Hati Kawan Janganlah Kita Sakiti....

Bismillahirrahmaanirrahim...tujuan utama adalah untuk memperingati diri sendiri... umumnya untuk kawan-kawan sume sama-sama kita renungkan kembali, adakah benda ni kita buat...

  Kawan ni banyak peranan kepada kita, tak kira samada kawan tu banyak membantu atau membantutkan kita... kita sendiri sebenarnya yang pilih kawan kita sendiri yang macam mana... kita sendiri yang tentukan sapa kawan kita.. tapi beringatlah, pengaruh dari kawan banyak menolong kita dalam menentukan perancangan hidup kita, so nampak kat c2 yang peranan kawan ckup besar dalam diri kita...

  hurm sekadar menimbulkan satu persoalan, sebenarnya perlu atau tidak kawan itu selalu bersama dgan kita??? kalo kawan tu tak tegur kita dalam satu tempoh masa yang ckup lama, apa kita masih menganggap dia kawan???? itu Lu pikir la sendiri~.. bukannya apa, cuma kadang-kadang kita sering mengharap yang kawan-kawan faham kita, tapi kita tanya diri kita balik, " aq ni sebenarnya faham ke masalah kawan aq ni??? "... Sorry To Say Bro and Sis, Life is Fair, ko buat masalah mcam tu, masalah mcam tu jgak la kene kat diri sendiri...

   kadang-kadang tu ada jgak orang ckap mcam ni : " sorry la kalo skunk ni saya jarang contact awak, itu tak bermakna yang saya tamo kawan ngan awak, sebab saya memang macam tu, jnis tak slalu ngan phone, jarang on9, etc " .. mcam tu ke cara kita jaga hati kawan kita??? cbe kalo situasi yang sama berlaku pada diri kamu, apa perasaan kamu??? mungkin sesetengah kata : "tape, dah bese dah kne mcam tu", ada jgak ckap cam i : " ala dia kawan bila dia susah je, bila dah senang, abaikan je la"... hurm zaman skunk ni senang je nak dpat kawan "Pakai Buang"... ingat kita ni Drypers Malaysia ke lepas gne terus buang??? lepas kita dah dapat manfaat dari dia, terus lupakan kita mcam tu je... then bila susah, datang balik kat kite, ckap cam ni : " kalaulah awak berada di samping saya skunk ni "....hurm Tepuk Dada, Muhasabah Diri Balik...

   Ingat lagi tak kita pada Peristiwa Hijrah Rasulullah, Ketika Baginda hendak pegi ke Kota Madinah?? Baginda Berhijrah dengan siapa?? Dengan Sahabat Baginda yang paling Baginda Sayang, iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A... cbe kawan-kawan fikir dan renung, kenapa Rasulullah S.A.W berhijrah sama-sama dgan Saidina Abu Bakar?? kenapa Rasulullah S.A.W tak pegi hijrah sorang-sorang je?? sebab kat c2, Rasulullah nak tunjukkan kat kita Bahawa PentingNya Sahabat/Kawan/Rakan pada kita... tgoklah, betapa Sayangnya Rasulullah pada umat, kita sedar atau tidak bnde ni??? sekali lagi kita renungkan...

  Rasanya dah tak larat lagi nak cite pasal kawan ni, takut-takut kalau ada yang terasa hati nanti, dah timbul pulak dosa-noda dalam diri kita dan diri kawan-kawan, so tak mahulah nak cite panjang, cme saya nak pesan, jagalah hati kawan kita baik-baik.. kalo kita nakkan orang faham kita, kita pon kena faham orang, dan jgak faham ngan diri sendiri.. coz cuma diri kita je yang mampu mengubah diri kita sendiri.. kalo bukan kita, siapa lagi??? 

  Setakat itu sahaja dahulu..mudah-mudahan Allah merahmati kita semua pada hari Jumaat yg penuh dgan Barakah ini...Maaf atas segala salah dan silap andai terkasar bahasa, tersilap kata tutur bicara.. Saya juga manusia biasa yang senantiasa digelumangi dengan dosa noda.. semoga berjumpa pada post akan datang... wasalam..