Monday 25 June 2012

ILMU ITU UNTUK DIAMAL, BUKANNYA UNTUK KEPENTINGAN DIRI.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya ucapkan ke hadrat Allah S.W.T yang menjaga kita Siang dan Malam tanpa rasa jemu. Mudah-mudahan kita tergolong dalam hambaNya yang MuttaQin...

Untuk post kali ini, saya rasa topik kali ni mungkin agak berat untuk dipersoalkan. Tapi apa pon, itu tugas kita untuk saling mengingati apa yang kita terlupa. Jadinya, satu persoalan yang saya nak kemukakan kat sini untuk kawan-kawan renungi, untuk apa sebenarnya kita belajar??? Apa sebabnya masa kita kecik-kecik dulu, Mama Papa kita hantar kita pegi tadika?? lepas habis tadika, kita sambung belajar kat skola rendah dari darjah satu sampai darjah khas atau darjah enam?? habis skola rendah, kita masuk pulak pegi sekolah menengah dari darjah peralihan atau tingkatan 1 sampai tingkatan 5, kemudian Lepas habis " SPM~ SPM~ SPM~ SPRM~~~ " banyak cabang kita boleh pilih samada nak amek Diploma, STAM, Matrik, Asasi, Tingkatan 6 dan seumpanya la.. Nak dipendekkan cerita, Buat apa kita habiskan MASA HIDUP KITA DENGAN BELAJAR??? untuk apa kita buang DUIT MAK BAPAK KITA UNTUK BELAJAR??? APA TUJUAN KITA BELAJAR SEBENARNYA???

adakah sebab kita belajar untuk dapat Ijazah Sarjana ataupun Ph.D semata-mata??? Dalam Al-Quran ada sebut ke yang kita kena belajar sampai peringkat Ph.D bagai tu sume?? ada ke??? dah tu, kalo takde, buat apa kita belajar " tinggi-tinggi, kelapa bali.. " ???? sebab boleh lambung topi klangit bagi tunjukkan yg kita dah habis belajar. macam tu ke caranya??? 

ataupun, kita belajar sebabnya kita nak dapat kerja yang bagus, yang elok, yang selesa dan lain-lain. kalau diikutkan, ade je orang yang belajar tak tinggi mana pown, tapi skunk ni jadi Billionare yang mana satu dunia kenal diorang ni sume. macam Bill Gates, Steve Jobs, Donald Trump. dorang sume tu dulu mana ada pendidikan yg tinggi, Ph.D pon tade, tapi tgok sekarang, Satu dunia kenal diorang.. 

jadinya kat sini, MATLAMAT UTAMA KITA BELAJAR UNTUK APA??? off course la untuk menuntut ilmu kerana Rasulullah S.A.W mengkhabarkan pada kita yang Menuntut Ilmu Itu Fardhu bagi Umat Islam Keseluruhannya. Tidak terKECUALI walau seorang pon. hatta dia itu seorang yang BODOH pun, kena jugak menuntut ilmu. tapi masalahnya, kita tuntut ilmu ni, then kita amalkan tak dalam kehidupan kita ni??? atau kita menuntut ilmu sekadar nak jawab exam je, untuk dapat pointer tinggi, dapat dean list,merepek meraban sume tu la.. macam tu ke??? agaknya kalo itulah yang kita buat, nanti kat Akhirat Allah tanya kat kita " masa hidup atas Dunia, apa yang ko buat?? " tak tercabut lutut nak menjawab soalan cenggitu??? 

jadi saya nak kawan-kawan sume renung kembali, apa sebanya kita menuntut ilmu atas dunia ni. janganlah kita sia-siakan hidup kita dengan buat perkara-perkara lagha. Alangkah ruginya kita habiskan masa usia kita macam tu aje. jadi cukup setakat itu dahulu untuk topik kali ini. Salah dan Silap, Saya memohon banyak-banyak kemaafan. Saya juga manusia biasa yang sering membuat dosa noda, tak pernah lari dari baut salah dan silap. moga kita bertemu lagi... Assalamualaikum....

Friday 22 June 2012

SAYA SUDAH BEBAS~ BEBAS~ BEBAS~ BEBAS~~~~




Alhamdulillah, setelah sekian lama blog aq ni bersarang, akhirnya ad jugak topik yang aq nak cite. huhu(gelak dalam hati).

nampaknya pada tarikh 21 Jun 2012, berakhirlah sudah peperiksaan final semester aq yang kedua, well, that means, aq dah berjaya menamatkan pelajaran aq dalam masa satu tahun ni Menara Gading yg berlokasi kat Tepi Highway ni ha.... Alhamdulillah banyak-banyak, aq bersyukur kerana sepanjang satu tahun menuntut ilmu di sini, banyak benda yang aq dah belajar. Terima kasih bebanyak diucapkan kepada semua pensyarah2 yang mengenali diri saya ini kerana menyampaikan ilmu dgn begitu bersungguh2 demi mahukan anak-anak murid memperoleh kejayaan. jasamu tidak dapat kami balas dengan wang ringgit mahupun emas setinggi langit, tapi hanya dengan setadah doa bagi mendoakan kesejahteraanmu dalam terus mendidik kami yang jahil ini.



bila dah habis exam, apa lagi, nak jerit macam Johan dalam Lawak Ke Der~~ " SAYA BEBAS SPM~ SPM~ SPM~ SPRM~~~~~~ !! " tapi tak berani nak buat, kang orang kata apa pulak nanti kan, lagi pon, musim exam still belom habis lagi... kang tak pepasal teruk kne bantai ngan member-member yang tak habis exam lagi... HAHAHAHAHA!!! ( I'm Sorry)

biasa la tu, bila dah abes exam ni, " KITA ENJOYYYY!! " bermulalah cuti semester sampai la awal bulan 9 baru masuk balik na sambung semester... itu pn kalo dpat sambung, kalo ta dapat, cmane ea??? huhu mintak-mintak jangan la ta dapat sambung.... ilmu ni ta cukup nak belajar walaupon nampak main-main je banyak... tapi kalo bole la, cuti panjang ni kalo bole, nak join program je la.. aq tak suke la nak dok rumah lama-lama, nant buat berat badan naik je... So that's why la aq kena g keluar... tapi nak keluar, duit pulak takde.. tapi takpe la, kalo kita bantu Allah, Allah pon akan bantu kita, kan?????

itu je la kot nak cite.... da ketandusan idea nak cite ap lagi.... huhu so thanx kepada kawan-kawan sume yang still bagi support and motivation pada saya untuk teruskan perjuangan hidup ini... kalau tiada kawan-kawan semua, mesti saya dah JAUH sekarang ni.... dan ta lupa juga nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan yg menjelang tiba tak lama lagi.. dalam beberapa minggu je lagi nak pose. for those yg belum ganti pose tu, ganti-gantilah cepat ea.. takut nanti hutang puasa tu jadi makin banyak pulak... huhu ok moga kita jumpa pada next post, ok... ASSALAMUALAIKUM W.B.T... =)